top of page

PRK Sg Bakap: Jangan ambil mudah, pastikan strategi disusun rapi - Zahir



Oleh: Abdullah Zaid


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap memerlukan pasukan Kerajaan Perpaduan, khususnya KEADILAN merancang dengan teliti strategi sebelum masuk gelanggang.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan kerana kawasan DUN tersebut telahpun menjadi kubu Pas dalam Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu biarpun sebelum ini selama tiga penggal sejak 2008 dikuasai KEADILAN.


Menurutnya, walaupun keputusan PRK Kuala Kubu Bharu awal Mei lalu memihak kepada Kerajaan Perpaduan namun usaha untuk memenangi semula kerusi itu tidak boleh diambil mudah.


"Dalam PRK kita tidak boleh ‘overconfident’ mesti berlandaskan kepada strategi, yang mana gerak kerja di peringkat bawahan perlu dilakukan segera.


"Persiapan kerja melalui pengagihan tugasan perlu disusun dengan rapi bagi membolehkan kerusi DUN Sungai Bakap menjadi milik kita semula," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas beliau, tumpuan jentera KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam PRK ini adalah bagi membantu calon yang akan bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan.


"Saya ditugaskan di salah satu daripada tempat mengundi di DUN Sungai Bakap.


"Oleh itu tumpuan melalui kempen dalam media sosial mesti dibuat bagi menarik lebih ramai pengundi menyokong Kerajaan Perpaduan.


"Kita harap semua anggota bersatu padu dan berusaha gigih bagi memenangi PRK ini," ujarnya lagi.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangmya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.


Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page