top of page

PRK Sg Bakap: Dr Joohari mahu 'putihkan' kawasan kelabu



Calon mewakili kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap optimis merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang kini disandang Pas


Dr Joohari Ariffin berkata, kerusi Sungai Bakap sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal sejak 2008 sebelum bertukar tangan kepada Pas pada 2023 yang berkemungkinan disebabkan isu, sentimen, dan persepsi pengundi pada tahun lalu.


Namun menurutnya, beliau akan terus mendekati pengundi sekali gus bekerja kuat memutihkan sokongan di kawasan ‘kelabu’ di Sungai Bakap.


"Ia tidak mustahil, kerana majoriti 1,563 (undi) satu jumlah yang dikatakan kelabu menurut penganalisis politik, bukan putih dan bukan hitam, jadi kita akan pastikan yang kelabu itu kita akan putihkan," kata anak jati Sungai Bakap itu dipetik pada sesi Ramah Mesra Bersama Media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi).


Joohari dicabar Timbalan Ketua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu.


Kerusi Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis, kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.


Sementara itu, Joohari yang merupakan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu berkata beliau mahu menggunakan pendekatan melalui penyampaian ilmu dalam program kempen yang diadakan.


Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berharap, agar PRK Sungai Bakap dijadikan model atau penanda aras bagi PRK akan datang dengan mengetengahkan kempen berakhlak dan lebih bernilai tinggi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page