top of page

PRK Sg Bakap: AMK Selangor manfaat pengalaman PRK KKB




Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor akan memberi fokus dan bekerja keras untuk memastikan calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 6 Julai depan.


Ketuanya Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, bagi mencapai matlamat itu kesiapsiagaan jentera AMK Selangor penting untuk membantu calon KEADILAN yang mewakili Kerajaan Perpaduan.


"InshaAllah AMK Selangor akan menghantar jentera ke mana-mana lokasi yang ditugaskan.


"Ini termasuk tumpuan AMK Selangor membantu AMK Pulau Pinang terutamanya membuat sistem culaan ataupun kajian sikap pengundi Sungai Bakap termasuk golongan anak muda," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Menurut Ahli Dewan Negeri Kota Damansara itu, berbekalkan pengalaman PRK Kuala Kubu Bharu, AMK Selangor akan membantu melicinkan gerak kerja jentera di kawasan berkenaan.


"Melipat gandakan usaha Sungai Bakap ini penting bagi merampas semula kerusi DUN dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


"Oleh itu, dengan pengalaman yang ada AMK Selangor akan membantu jentera tempatan di sana," ujarnya lagi.


Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan mantan pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Joohari, (calon satu) sebagai calon DUN Sungai Bakap.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page