top of page

PRK: PH terima keputusan, kuatkan azam angkat martabat rakyat - Anwar



Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (DUN) Sungai Bakap tidak akan melunturkan tekad Kerajaan Madani untuk mempertingkatkan usaha mengangkat martabat rakyat.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menanggapi keputusan PRK semalam.


Menurut Anwar, beliau dan Kerajaan Perpaduan menerima keputusan rakyat itu setelah dilaksanakan pemilihan secara demokrasi.


"Gabungan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon PH pada PRK Sungai Bakap yang telah berlangsung dengan lancar dan aman.


"Selaku Perdana Menteri, saya dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap yang berlangsung ketika negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.


"Kerajaan MADANI menginsafi keputusan ini dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat dan sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara," katanya dalam kenyataan.


Menginsafi banyak perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah maka keputusan tersebut akan menjadi tekad untuk perlaksanaan dasar yang menepati realiti semasa.


"Dengan dasar dan komitmen yang jitu, Gabungan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif bertepatan dengan realiti hari ini dan anjakan baharu negara yang sedang berjalan," katanya lagi.


Semalam calon PH Cikgu Joohari Ariffin tewas di tangan calon PN Abidin Ismail dalam pilihanraya yang masih memainkan isu perkauman sebagai bahan utama kempen pembangkang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page