top of page

PRK Padang Serai: Sokongan kepada PH amat baik - Dr Sofee



Sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dianggap amat baik berdasarkan pertemuan dengan semua lapisan masyarakat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai, Kedah.


Menurut calon PH Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak, dalam tempoh 10 hari berkempen dan beliau telah pun menemui semua kaum di parlimen berkenaan, beliau yakin PH mampu menang pada 7 Disember ini.


"Kita melalui tempoh kempen hari ke 10 hari ini dan kita ada 2 hari sebelum mengundi pada Rabu


"Sepanjang tempoh kempen saya telah menemui semua pengundi di Padang Serai. Kita ada 43 daerah mengundi, saya dah jumpa semua masyarat Melayu, Cina, India, Siam dan kawan kawan dari Sabah, Sarawak.


"Dan sokongan daripada pengundi kepada PH sangat baik. Kita mengharapkan akan meningkat (lebih banyak) sokongan sehingga tempoh mengundi," katanya kepada Suara Keadilan.


Cuma beliau menyeru kepada Perikatan Nasional agar tidak berkempen secara yang melanggar etika sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum lalu apabila gabungan itu memainkan isu perkauman dan agama yang melampau.


"Saya tidak nafikan dalam tempoh 10 hari berkempen ini PN masih gunakan naratif kaum dan agama. Mereka guna isu Cina DAP komunis, isu agama yang melibatkan hukum hakam syurga negara, pahala dosa.


"Saya merayu kepada pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah fitnah hasutan yang bersifat keagamaan dan perkauman ini," kata beliau.


Selain itu, Dr Sofee berkata beliau mencuba sebaik mungkin mendekati anak muda Melayu yang majoritinya dalam PRU lalu mood mereka condong ke arah PN agar berubah semasa PRK ini.


Katanya, Padang Serai mempunyai pertambahan pengundi muda sehingga 50,000 orang yang mana 90% Undi 18 dan selebihnya pengundi pertama kali.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page