top of page

PRK Nenggiri: Undi calon Perpaduan wujud hubungan dengan Persekutuan



Oleh: Abdullah Zaid


Mengundi calon Perpaduan (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, 17 Ogos ini bakal menjalinkan perhubungan dengan Kerajaan Persekutuan.


Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Biro Pekerja KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid. Menurut beliau, pengundi di DUN Nenggiri memerlukan banyak bantuan Persekutuan khususnya isu infrastruktur asas dan kemudahan awam yang kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pas.


Katanya, bantuan pembangunan Persekutuan semakin penting dalam tahun tahun mendatang memandangkan Nenggiri yang berada di Parlimen Gua Musang yang dijadikan pintu masuk sempadan di antara Kelantan dan Pahang oleh para pelawat dan pelancong, khusus dari Cameron Highlands.


"Kemenangan ini amat penting buat Nenggiri kerana Gua Musang adalah pintu masuk Kelantan dari Pahang yang perlu dibangunkan lebih baik.


"Sebab itu, ADUN yang mewakili Nenggiri mesti daripada blok Perpaduan supaya ada keselarian kerjasama di antara wakil negeri dengan Persekutuan yang lebih memudahkan mendapat pembangunan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


PRK Nenggiri Sabtu ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.


Berbaki tiga hari sahaja lagi kempen PRK, mantan Ahli Parlimen Kapar itu berkata, beliau berpuas hati prestasi jentera Perpaduan yang komited membantu jentera BN, namun berharap mereka terus berwaspada dengan segala bentuk muslihat pihak lawan.


"Sepanjang tempoh berkempen ini saya lihat sokongan pengundi Nenggiri termasuk pemimpin-pemimpin peringkat kampung semakin terserlah, cuma kita jangan terlalu selesa sehingga membiarkan pihak lawan mengambil peluang," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page