top of page

PRK Nenggiri: Pengundi buat keputusan pilih wakil rakyat baharu



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 20,259 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, hari ini.


Sebanyak 20 pusat mengundi membabitkan 46 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.


Berdasarkan data, peratusan pengundi adalah 86% Melayu, 14% Orang Asli, 0.2% Cina dan 0.1% India, dengan 61% keseluruhan jumlah pengundi muda bawah 39 tahun.


PRK berkenaan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Perpaduan (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan lambang Pas.


Lokasi mengundi Tabika Sri Bakawali bakal menjadi tumpuan susulan kedua-dua calon berkenaan akan membuang undi di tempat yang sama.


DUN Nenggiri diisytihar kosong selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim dikosongkan kerusi oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas.


Wakil Bersatu itu digugurkan keahlian parti pada 13 Jun lalu susulan sokongan beliau kepada Perdana Menteri menerajui Kerajaan Perpaduan.


Untuk rekod, Nenggiri adalah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan yang pertama diadakan ialah PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu), disusuli PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor), PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak), PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) serta PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page