top of page

PRK Nenggiri: 63.21% keluar mengundi, melebihi sasaran SPR


Oleh: Abdullah Zaid


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mencatatkan 63.21% setakat jam 3 petang, tadi.


Peratusan itu sekali gus menyaksikan sasaran SPR yang menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini melebihi 60% tercapai.


Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka serentak pada jam 8 pagi ini.


Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga jam 6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.


Empat pusat mengundi ditutup jam 2 petang tadi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.


Terkini keputusan tidak rasmi bagi beberapa pusat mengundi yang telah ditutup menyaksikan BN menang dengan majoriti selesa.


Dalam 10 daripada 47 saluran calon BN mendapat 1,852 undi manakala calon Pas mendapat 282 undi, termasuk menang di PDM Kuala Sungai yang mana BN kalah 54 undi pada Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu.


Untuk rekod, Nenggiri adalah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan yang pertama diadakan ialah PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu), disusuli PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor), PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak), PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) serta PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page