top of page

PRK Mahkota wajib menang, kekalkan momentum Nenggiri - Saifuddin



Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai penting dalam mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas PRK DUN Nenggiri.


Malah kata beliau, DUN Mahkota amat perlu untuk berada di bawah Perpaduan memandangkan Johor antara negeri yang mendapat banyak limpahan pembangunan sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk.


"Kemenangan DUN Mahkota ini penting kerana akan mengekalkan momentum kemenangan Nenggiri yang diperoleh beberapa minggu lalu.


"Jadi dengan kemenangan DUN Nenggiri dan DUN Mahkota ia akan memberi memberi momentum yang sangat baik dengan Johor antara negeri paling banyak menerima limpahan manfaat sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas pilihanraya (PRU15) yang lepas," katanya ketika ditemui.


Saifuddin berkata demikian selepas pengumuman penamaan calon DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor, hari ini.


Menurutnya, manfaat pembangunan itu termasuk Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura dan inisiatif naik taraf pintu sempadan Johor-Singapura bagi mengurangkan kesesakan laluan darat.


Selain itu, ketika ditanya mengenai cabaran kempen terutama isu sentimen yang melibatkan 3R (Agama, Bangsa, Raja-raja), Menteri Dalam Negeri itu optimis pengundi DUN Mahkota tidak terpengaruh dan lebih yakin dengan Kerajaan Perpaduan.


Bahkan, katanya, isu 3R dilihat tidak boleh dijadikan sebagai kempen utama melihatkan kepada kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada DUN Nenggiri.


"Saya tengok rakyat menilai bahawa isu itu tidak selamanya boleh dimainkan walaupun PN masih mengekalkan (kempen) namun ia terhenti di (PRK) Nenggiri walaupun kawasan itu 98% adalah pengundi Melayu dan Islam tetapi ditolak pengundi, jadi saya yakin rakyat Johor akan mengambil pendirian sama.


"Oleh itu, saya merayu kepada pengundi untuk membuat penilaian sejernih-jernihnya kerana pendekatan itu tidak membawa kebaikan pun kepada masyarakat kita yang pelbagai kaum dan agama," ujarnya lagi.


PRK kerusi DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada BN dan PN.


Blok Perpaduan mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, (calon nombor satu) untuk mengekalkan kerusi DUN Perpaduan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 27 September 11.59 malam pada dengan pengundian awal pada 24 September dan 28 September sebagai hari mengundi biasa.


PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.


Untuk rekod, PRK Mahkota adalah siri PRK ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai (Johor); DUN Pelangai (Pahang); DUN Jepak (Sarawak); Parlimen Kemaman (Terengganu), DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang) dan DUN Nenggiri (Kelantan).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page