Oleh: Abdullah Zaid
Blok Perpaduan melalui calonnya Syed Hussien Syed Abdullah dalam kiraan tidak rasmi petang ini mendahului calon Perikanan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar dengan 2,352 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Barisan Nasional memperoleh 3,550 undi melalui undi pos berbanding PN yang memperoleh 1,198 undi.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi, melalui hantaran di Facebook.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.
PRK berkenaan sekali gus memberi peluang kepada 66,318 pemilih berdaftar mengundi wakil rakyat baharu.
Untuk rekod, PRK DUN Mahkota ialah PRK keempat tahun ini selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang) dan PRK DUN Nenggiri (Kelantan).
DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.
Comments