top of page

PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab pilih wakil rakyat



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 66,318 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.


Sebanyak 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.


Berdasarkan data, peratusan pengundi DUN Mahkota adalah 56% Melayu, 34% Cina dan 8% India, dengan 61% dan lain-lain 2%.


PRK berkenaan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Perpaduan (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar sebagai wakil Bersatu.


Dijangka Syed Hussien akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana manakala Mohamad Haizan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.


Bagi melancarkan proses pengundian, sebanyak 1,126 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK itu, selain SPR juga menubuhkan satu pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti kempen.


PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.


Untuk rekod, Mahkota adalah PRK ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan yang pertama diadakan ialah PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu), disusuli PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor), PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak), PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang) dan DUN Nenggiri (Kelantan).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page