top of page

PRK Mahkota: Calon Perpaduan seru pengundi manfaatkan kuasa memilih



Oleh: Abdullah Zaid


Calon Perpaduan Syed Hussien Syed Abdullah menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota mengambil kesempatan untuk keluar mengundi bagi menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang baharu.


Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang itu tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, pagi tadi.


"Alhamdulillah pusat pengundian semua dibuka hari ini, saya lihat pelbagai lapisan bangsa keluar menunaikan tanggungjawab, jadi ini yang perlu untuk diambil buat pengundi di Mahkota.

Syed Hussien Syed Abdullah

"Justeru, saya mengingatkan kepada pengundi Mahkota untuk memanfaatkan hari pengundian dan buktikan bahawa kita bersedia untuk tentukan masa depan kita," katanya menerusi siaran langsung dari Sinar Harian.


Pagi tadi, pusat mengundi berkenaan menjadi tumpuan apabila Syed Hussien yang merupakan orang tempatan mengundi di sekolah tersebut.


Seramai 66,318 pengundi berdaftar akan membuang undi hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu selepas kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.


Setakat jam 9 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan peratusan keluar mengundi PRK DUN Mahkota mencatatkan 8.89%.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page