top of page

PRK Mahkota: ‘43.44 % mengundi setakat 3 petang’ - SPR



Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 43.44 % daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat jam 3 petang hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Setakat ini, proses mengundi dilaporkan berjalan lancar biar pun peratusan keluar mengundi agak rendah. Namun pihak SPR mengingatkan pengundi untuk menjalankan tanggungjawab segara ekoran jangkaan hujan lebat pada lewat petang ini.


Pagi tadi, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota lebih 60%.


Menurutnya, proses pengiraan undi akan dilakukan di pusat mengundi masing-masing diikuti proses penjumlahan undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail dengan keputusan dijangka pada jam 9 malam ini.


PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.


Hari undi awal bagi PRK itu berlangsung pada Selasa lepas, melibatkan 4,437 tentera dan pasangan serta polis, selain 607 kertas undi telah dikeluarkan pada 15 September.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page