top of page

PRK KKB untuk pilih wakil rakyat, bukan isu antara parti - Loke



Isu berkenaan komponen Barisan Nasional, MCA sama ada turun atau tidak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) tidak perlu dipanjangkan.


Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, hal paling penting di KKB adalah untuk memenangi hati pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan bagi mewakili DUN berkenaan.


Katanya, DAP terbuka menerima sama ada MCA akan membantu kempen atau tidak.

"Soal pilihanraya bukan soal parti, ini soal rakyat. Jadi yang paling penting kita pujuk pengundi, bukan pujuk mana mana parti.


"Yang datang membantu, kita amat hargai. Yang tidak membantu, kita tidak ada masalah. Kalau dia rasa tak sanggup membantu itu hak dia. Saya tidak perlu gaduh bab ini.


"Paling penting ialah pengundi. Pengundi yang buat keputusan memilih wakil rakyat mereka. Jadi kita punya kerja meyakinkan pengundi, calon kita datangkan terbaik untuk jadi wakil rakyat di kawasan ini," katanya.


Tegas Loke, amat penting PH menang dan mengekalkan kerajaan yang stabil bagi meneruskan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat sama ada di peringkat negeri mahu pun negara.


Dalam pada itu, beliau yakin dengan gerak kerja DAP dalam PRK KKB akan lebih mantap dibantu oleh jentera PH tempatan.


"(Kekuatan) bertambah dengan jentera dari PH. Kita yakin kita dapat menjalankan kempen kita dengan baik," katanya lagi.


Sementara itu, bagi calon Pang Sock Tao pula, beliau berharap jentera PH dan Kerajaan Perpaduan akan bekerja keras membantunya meraih kemenangan pada hari pengundian 11 Mei nanti.


"Saya banyak berterima kasih atas usaha yang ditunjukkan, marilah kita bekerja keras untuk Kuala Kubu Bharu


"KKB boleh," katanya dalam ucapan sulung menemui penyokong di pusat bandar KKB selepas diumumkan secara rasmi sebagai calon mewakili PH.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page