top of page

PRK KKB: Kerajaan ketengah isu ekonomi, masa depan penduduk



Isu ekonomi dan masa depan penduduk tempatan bakal menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).


"Kita sudah mengenal pasti sejumlah perkara yang dibangkitkan sama ada oleh penduduk atau pengundi di KKB serta apa yang dijanjikan oleh mendiang bekas ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) KKB dan ini yang akan jadi keutamaan.


"Maklum balas yang kami terima, fokus bagi pengundi di KKB, berkait isu ekonomi dan masa depan terutama bagi rakyat tempatan, inilah yang akan menjadi fokus," kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dipetik.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK diadakan pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.


PRK diadakan susulan penyandang jawatan, Lee Kee Hiong yang mewakili Pakatan Harapan (PH) daripada DAP meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera bagi PRK itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum ini berkata, jentera pilihan raya kerajaan akan membawa misi politik yang baik iaitu ‘politik kesederhanaan’ daripada kerajaan Madani.


Calon yang dikemukakan bakal dipromosikan mewakili kerajaan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page