top of page

PRK KKB: ‘Jangan guna politik fitnah, fokus isu tempatan’ - Ramanan



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi Kuala Kubu Bahru diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang demi meraih sokongan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan berkenaan.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan berkata, pihak lawan sepatutnya tidak menggunakan isu-isu sensitif, sebaliknya mengetengahkan masalah setempat untuk dijadikan isu berkempen.


Untuk itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN menyarankan pengundi lebih berhati-hati dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik pihak lawan.


"Ketika berkempen kurangkan guna isu-isu yang tidak berkaitan sebaliknya isu tempatan yang dihadapi oleh penduduk KKB perlu dijadikan fokus.


"Ambil tahu keperluan, kesusahan dan permintaan pengundi KKB. Jangan pula masa PRK ini kita ambil kesempatan untuk membuat berkempen isu sensitif dan membuat fitnah.


"Kerana kalau kita amalkan politik fitnah sebagai modal kempen ia boleh menjejaskan seluruh komuniti," katanya kepada pemberita selepas program Majlis Sepetang Bersama Kak Wan, hari ini.


Selain itu, ketika ditanya mengenai perancangan pembangunan di DUN Kuala Kubu Bharu, Ramanan berkata aspek pelan bertindak sedang giat dijalankan pada ketika ini.


Oleh itu, beliau menyeru kepada pengundi KKB untuk memberi peluang kepada calon Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan ikhtiar pembangunan di DUN berkenaan.


"Kerajaan (Perpaduan) baru setahun lebih (memerintah) berapa banyak yang kita boleh capai dalam tempoh setahun? Beri peluang kepada kita jalankan kerja kemudian baru kita nilai. Jangan cepat sangat kita buat kesimpulan," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page