top of page

PRK KKB: ‘Isu perumahan ladang selesai bukti kerajaan prihatin’- Dr Gunaraj



Oleh: Abdullah Zaid


Masalah perumahan yang dihadapi 245 keluarga bekas pekerja ladang di Kuala Kubu Bharu (KKB) yang dibina rumah selepas 25 tahun sebagai bukti betapa prihatinnya Kerajaan Madani.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunaraj George, menyifatkan penyelesaian isu itu oleh Kerajaan Persekutuan sebagai menjawab kritikan sebahagian pempengaruh dan ahli politik dari kalangan masyarakat India yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan tidak membantu golongan minioriti.


"Isu pekerja ladang ini tertangguh sejak 25 tahun lalu, tetapi Kerajaan Perpaduan berjaya menyelesaikan walaupun (hanya) setahun setengah menjadi Kerajaan Persekutuan.


"Ia menunjukkan komitmen kerajaan menyelesaikan isu rakyat dan kita perlukan masa (beri lebih peluang) untuk selesaikan isu-isu ini," katanya dalam sidang media Majlis Perundingan Masyarakat India (SICS) hari ini.


Untuk rekod isu bekas pekerja ladang tersebut tertangguh sejak 1999 dan tidak berjaya diatasi oleh enam Perdana Menteri sehingga era Datuk seri Anwar Ibrahim, apabila kerajaan pusat bersetuju membina rumah melalui peruntukan RM40 juta dan RM35 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor.


Dengan itu penantian 1,250 ahli keluarga bekas pekerja ladang dari Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar di Kuala Kubu Bharu (KKB) berakhir.


Susulan itu, Dr Gunaraj, membidas pihak tertentu yang menggesa masyarakat India memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB sebagai tanda protes kepada kerajaan.


Katanya, pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memboikot PRK itu hanya akan menyulitkan kehidupan masyarakat India pada masa hadapan yang akan ketinggalan daripada arus pembangunan negara.


"Kepada pengkritik, kita alu-alukan suara anda tetapi jangan taburkan fitnah membuat hasutan yang akhirnya merugikan pengundi," kata Dr Gunaraj yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi dan 7 Mei pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page