top of page

PRK KKB: Calon Perpaduan janji buka pejabat khidmat diurus pelbagai kaum



Oleh: Abdullah Zaid


Calon Perpaduan Pang Sock Tao sekali lagi memberi jaminan untuk melantik kakitangan daripada pelbagai kaum di Pusat khidmat masyarakat DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat esok.


Wakil blok kerajaan itu berkata, langkah berkenaan bakal memberi kesan positif terhadap aspek komunikasi sekali gus dapat memastikan kebajikan dan keselesaan masyarakat KKB terjaga.


"Pertama saya akan pastikan kebajikan penduduk KKB terjaga melalui bantuan negeri dan pusat sampai ke mereka tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asli.


"Selain itu, jika saya diberi peluang pasukan dan pejabat saya terdiri daripada pelbagai kaum supaya komunikasi dan perkhidmatan sampai ke masyarakat.


"Inilah wajah kita sebagai sebuah negara dan semangat perpaduan antara kaum," katanya ketika berucap di Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB malam tadi.


Sock Tao diangkat sebagai calon Kerajaan Perpaduan mewakili DAP bagi berhadapan saingan empat penjuru mempertahankan kerusi DUN KKB.


Demografi ketika ini, DUN Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 46.4 peratus pengundi Melayu; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).


Sabtu ini, seramai 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page