top of page

PRK KKB: AMK Hulu Selangor optimum bantu calon Kerajaan Perpaduan



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Hulu Selangor memberikan dokongan padu secara optimum kepada calon Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).


Menurut Ketua AMK Cabang Hulu Selangor, Ameerul Fikri Norzazli, sayap jentera KEADILAN itu telah melipat gandakan usaha melalui kempen lapangan sejak hari penamaan calon bagi memastikan Pakatan Harapan menang bergaya pada 11 Mei ini.


"Kemenangan yang ditunjukkan pada pilihan raya negeri lalu (Ogos 2023) dengan majoriti besar memerlukan kami memastikan calon Perpaduan kita menang selesa.


"AMK perlu bekerja keras melalui kempen dari rumah ke rumah dan program belia bagi memastikan kemenangan ini kekal.


"Selain itu, saya juga yakin komitmen daripada jentera BN mampu membantu kita untuk mempertahankan DUN Kuala Kubu Bharu," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Bendera PH mula mendominasi jalan jalan di KKB, tanda jentera mula bergerak

Dalam masa yang sama, kata Ameerul, pengundi di Kuala Kubu Bharu diharap dapat mengekalkan kerusi tradisi milik PH itu untuk memastikan perancangan pembangunan ekonomi dapat diteruskan.


Katanya, sekiranya kerusi DUN KKB beralih tangan ke pihak pembangkang dibimbangi akan membantutkan segala perancangan yang telah dibuat.


"Saya harap pengundi KKB memilih dan mempertahankan kemenangan di kerusi ini agar segala idea pembangunaan berjalan dengan lancar.


"Sekiranya kita gagal pertahankan kerusi ini ia boleh memberi kesan yang besar kepada rakyat KKB dalam mendapatkan manfaat ekonomi daripada Kerajaan Negeri dan pusat," ujarnya lagi.


PH mempertaruhkan calon muda yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam PRK KKB.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, mendiang Lee Kee Hiong mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,119 undi.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan 7 Mei sebagai hari pengundian awal.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page