top of page

PRK KKB: 17 NGO wakili kaum India sokong calon PH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5, 2024
  • 1 min read


Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao mendapat suntikan semangat ketika tempoh berkempen memasuki minggu kedua.


Hal itu susulan 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum India di Kuala Kubu Bharu (KKB) tampil menyatakan sokongan kepada beliau.


Dipetik laporan media, antara NGO yang menyatakan sokong kepada Sock Tao adalah Kuala Kubu Bharu Hindu Sanggam, Pertubuhan Kebajikan Komuniti Muhibah Hulu Selangor, Persatuan Penduduk Taman Musabika, Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Hulu Bernam, Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 4, Ladang Sungai Jernih dan Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 5, Kuala Kerling.


Turut menyokong adalah Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Persatuan Perpaduan Hulu Selangor, Persatuan Belia Sinaran Suria Hulu Selangor, Kelab Bola Sepak BKB, Persatuan Pembanguan Masyarakat India Felda Gedangsa, Persatuan Pembangunan Minda Kebangsaan dan Pusat Sivanantha Divine Life Society Kuala Kubu Bharu.


Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam.


PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti 4,119 undi.


Sock Tao yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Jumaat melancarkan manifestonya bertemakan 'Kekal Kuala Kubu' yang menggariskan lima teras utama iaitu ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page