top of page

PRK DUN Sungai Bakap: Dr Joohari Ariffin dinamakan calon Perpaduan



Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin (gambar, kiri sekali) diumumkan sebagai calon Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.


Pengarah Pilihanraya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli pada majlis pengumuman calon yang diadakan di Simpang Ampat, Nibong Tebal malam tadi berkata, pemilihan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia itu dibuat sebulat suara oleh pimpinan Kerajaan Perpaduan.


Menurut Rafizi, pemilihan Joohari yang juga kerana beliau bekas guru dan berpengalaman luas dalam bidang latihan kepimpinan serta pengurusan pentadbiran dalam pendidikan.


Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Masjid Seri Empangan Parit Buntar, Perak aktif dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dikenali sebahagian ibu bapa dan pelajar, guru serta penjawat awam di sekitar DUN Sungai Bakap.


Dari segi pencapaian, Dr Joohari, 60, pernah dianugerahkan Guru Inovatif Daerah Seberang Perai Selatan pada tahun 2000, Tokoh Belia Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada tahun 2005.


Beliau turut pernah dianugerahkan dengan beberapa pengiktirafan antaranya sebagai ‘Certified Trainer’ dan ‘Certified Coach’ daripada IAB sejak tahun 2006 serta Pakat Negara dalam Pengajaran (PAJAR) daripada Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2016.


Pada 2003, beliau dianugerahkan Pemimpin Berinspirasi daripada Jemaah Nazir Negeri Kedah.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Bakap akan diadakan pada 6 Julai ini.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya ketika dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi perut.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page