top of page

PRK DUN Sg Bakap: Perkukuhkan jentera tangkis kempen fitnah - Nurul



Oleh: Abdullah Zaid


Kesemua kekuatan jentera KEADILAN dan Perpaduan akan dikerah bagi menangkis kempen fitnah pembangkang yang digerakkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.


Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar berkata, langkah menangkis fitnah jahat itu perlu dilakukan segera selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cuba mengaitkan masalah air di DUN berkenaan dengan isu perkauman selain menuduh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kononnya memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan hanya majoriti 100 undi sahaja sedangkan angka sebenar adalah 16,293 undi.


"Jentera kita perlu ada kekuatan kerana apa sahaja yang disebut PN (Perikatan Nasional) ketika ini (mereka) menipu dalam isu Ahli Parlimen Nibong Tebal menang 100 undi sahaja.


"Bukan soal mendabik dada tetapi dari segi soal angka apatah lagi bila kita menjaga negara, harus dibuat dengan betul dan sebaiknya," katanya pada majlis pengumuman calon Kerajaan Perpaduan di Taman Tasek Mutiara, DUN Sungai Bakap malam tadi.


Menyentuh isu air pula, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang itu berkata, perkara berkenaan telah diambil maklum oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) bagi penyelesaian tuntas sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan menyelesaikan isu rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama.


"Pelan kontingensi telah diambil. Ini membuktikan keutamaan kita mahu menyelesaikan isu sumber air kerana masalah air ini tidak mengira Melayu, Cina mahupun India. Jadi penyelesaian menyeluruh perlu diambil," ujarnya.


Dalam memastikan misi wajib menang itu, Nurul Izzah menyeru kekuatan jentera Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk mencari kebersamaan agar kerusi tradisi KEADILAN itu dirampas kembali.


"Momentun dari Kuala Kubu Bharu hingga Sungai Bakap perlu ada kerana calon yang diumumkan ini adalah wakil Perpaduan yang mewakili semua rakyat di Sungai Bakap.


"Oleh itu, saya harap kekuatan jentera kita dalam pilihanraya ini menangkis semua kempen penipuan yang akan digunakan nanti.


"Saya perhati satu persatu kempen penipuan (pembangkang) telah disusun, jadi kita buktikan kepada mereka melalui kekuatan semangat bekerjasama antara komponen dalam pilihanraya ini," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page