top of page

PRK DUN Nenggiri: PH sedia bantu BN, kepung pengundi putih



Oleh: Abdullah Zaid


Jentera Pakatan Harapan (PH) bersedia bekerja bersama untuk membantu Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.


Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Adly Zahari (gambar, kiri) berkata, pengundi putih bagi blok PH itu akan dimanfaatkan sepenuh pada PRK tersebut.


"Kita lihat dalam keputusan dalam pilihanraya lalu kita ada kira-kira 2,400 pengundi putih yang menyokong Pakatan Harapan.


"Jadi fokus utama kita adalah memastikan kesemua pengundi putih keluar mengundi bagi memastikan kemenangan pada Kerajaan Perpaduan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PH-BN PRK DUN Nenggiri di Menara Dato’ Onn WTCKL hari ini.


Selain itu, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, kerjasama PH-BN dalam siri pilihanraya sebelum ini memberi kelebihan buat blok kerajaan itu untuk memenangi PRK.


"PRK ini penting jadi kita harus menunjukkan kerjasama padu memandangkan jalinan kerjasama ini telah bermula dari PRK Pulau Tioman hingga ke PRK Sungai Bakap.


"Oleh itu, kita mesti mendapat sokongan pengundi seramai mungkin termasuk kawasan Felda dan pengundi Orang Asli," ujarnya.


Tambah, Asyraf PRK DUN Nengggiri menyaksikan kelainan apabila tidak berhasrat meneruskan kempen ceramah sebaliknya lebih tertumpu kepada pendekatan lain bagi menarik seramai mungkin pengundi kepada Kerajaan Perpaduan.


Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos depan, manakala 17 Ogos pula hari pengundian.


BN mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai wakil Perpaduan bagi merampas kembali kerusi itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page