top of page

PRK DUN Mahkota: 'Kerah pengundi putih sasar majoriti 10 ribu'



Oleh: Abdullah Zaid


Wanita KEADILAN Johor optimis untuk mengeluarkan seramai mungkin pengundi putih untuk memastikan kemenangan calon Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.


Ketua Wanita KEADILAN Johor, Zuraidah Zainab Mohd Zain berkata gerak jentera perlu dilakukan secara menyeluruh dalam tempoh berkempen nanti bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.


"Dalam PRK ini fokus utama kita adalah mengekalkan pengundi putih, ini penting untuk kita pastikan mereka keluar seramai dan pastikan majoriti kemenangan yang selesa buat blok Perpaduan," katanya ketika ditemui.


Kata Zuraidah, pihaknya mensasarkan calon Perpaduan mendapat sekurang-kurangnya 10,000 undi majoriti pada PRK berkenaan hasil gabungan pengundi putih Pakatan Harapan (PH) dan BN selain pengundi atas pagar, sokongan yang dilihat beliau akan menyebelahi Kerajaan Perpaduan pada kali ini.


"Melihat kepada jumlah pengundi putih kita dan pengundi atas pagar, saya percaya kita boleh capai paling kurang 10,000 majoriti.


"Faktor kerjasama PH dan BN banyak beri kelebihan buat kita dan inisiatif-inisiatif serta prestasi cemerlang kerajaan boleh menjadi faktor kemenangan yang besar buat kita," ujarnya lagi.


Kelmarin, BN mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon Perpaduan dalam PRK DUN Mahkota.


Ahli Majlis Perbandaran Kluang (Zon Seri Impian) itu memiliki kelulusan dalam bidang perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang politik.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandanganya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.


Berdasarkan data terkini, DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.


Dari segi komposisi kaum, DUN Mahkota terdiri 56% pengundi Melayu, diikuti 34% pengundi Cina, India, (8%) dan lain-lain (2%).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page