top of page

PRK DUN Mahkota: Faktor Anwar tingkat potensi menang - Saraswathy



Oleh: Abdullah Zaid


Prestasi cemerlang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengendali hubungan luar negara dan memulihkan ekonomi Malaysia dijangka akan menjadi faktor utama mengekalkan penguasaan blok Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada hujung September ini.


Naib Presiden KEADILAN, Senator K Saraswathy berkata, berdasarkan pencapaian pentadbiran Kerajaan Madani yang menyaksikan kemasukan pelaburan asing secara besar besaran dan pengukuhan nilai mata wang ringgit dalam tempoh sebulan terakhir, beliau optimis rakyat amat berpuas hati dengan prestasi kerajaan.


"Selama Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri, prestasi ekonomi negara semakin baik dan kukuh dengan (beberapa) inisiatif seperti kenaikan gaji penjawat awam akan jadi faktor penarik rakyat menyokong calon Perpaduan.


"Ini juga termasuk beberapa insiatif yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di Johor, banyak memberi manfaat kepad rakyat khususnya kepada pembangunan negeri," katanya ketika ditemui.


Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu berharap pengundi Mahkota akan memilih blok Perpaduan bagi memastikan kesejahteraan rakyat di DUN tersebut berkekalan dan memperoleh lebih banyak manfaat daripada Kerajaan.


"Saya sangat yakin Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri memberi fokus kepada DUN Mahkota ini.


"Sebab itu saya menyeru rakyat DUN Mahkota memilih blok Perpaduan supaya manfaat pembangunan dapat diteruskan lagi," ujarnya.


BN mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai wakil Perpaduan dalam PRK DUN Mahkota.


Ahli Majlis Perbandaran Kluang (Zon Seri Impian) itu memiliki kelulusan dalam bidang perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang politik.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandanganya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.


Berdasarkan data terkini, DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.


Dari segi komposisi kaum, DUN Mahkota terdiri 56% pengundi Melayu, diikuti 34% pengundi Cina, India, (8%) dan lain-lain (2%).

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page