Pakatan Harapan (PH) secara kiraan tidak rasmi telah pun memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor masih belum mengumumkan nama pemenang.
Kiraan tidak rasmi ketika ini menunjukkan calon DAP-PH, Pang Sock Tao mendapat 14,000 undi.
Manakala calon PN mendapat 10,131 undi, Bebas 188 dan PRM 152 undi.
Jumlah itu selepas kesemua 78 saluran mengundi dikira. Majoriti tidak rasmi ialah 3,869.
Dengan ini PH berjaya mempertahankan kerusi DUN KKB yang dimenanginya sejak 3 penggal lalu.
*Kredit foto: Facebook Ng Sze Han
Comments