PRK DUN Ayer Kuning tiga penjuru
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 1 min read

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, Perak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Hal itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Dewan Merdeka Tapah pagi ini.
Kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kertas pencalonan daripada tiga individu bagi pemilihan di kerusi N48 itu sebaik tempoh pencalonan berakhir pada jam 10 pagi tadi.
"Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada yang ditolak kertas penamaannya," katanya dipetik Sinar.
BN dalam PRK ini menurunkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon.
Manakala PN menurunkan Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah, Abd Muhaimin Malek dan PSM pula mempertaruhkan Timbalan Setiausaha Agung PSM, Bawani KS, 40 menggalas cabaran parti itu.
Comments