PRK Ayer Kuning: Tidak rasmi BN mendahulu hampir 5,000 undi
- Suara Keadilan
- 4 hours ago
- 1 min read

Pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning masih rancak berjalan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, di Dewan Merdeka Tapah.
Setakat jam 8.10 malam pengiraan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului hampir 5,000 undi meninggalkan pencabar terdekat PN.
BN secara tidak rasmi mendapat 10,354 undi, PN 5,603 dan PSM 1,004 undi.
Manakala undi anggota keselamatan di beberapa pusat mengundi sebelum ini yang telah dikira sejak petang tadi menunjukkan BN mendahului dengan cemerlang.
Misalnya, PGA saluran 1 BN mendapat 183, PN 32 dan PSM 3 undi. Manakala di IPD BN mendapat 19 undi, PN 4 dan PSM 0.
Keputusan rasmi dijangka akan diketahui pada pukul 9 malam ini.
留言