top of page

PRK Ayer Kuning: Kemenangan bukti rakyat percaya terhadap Malaysia Madani - DAP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 2 min read

Howard Lee (tiga dari kanan) merayakan kemenangan calon Perpaduan di pusat operasi BN malam tadi
Howard Lee (tiga dari kanan) merayakan kemenangan calon Perpaduan di pusat operasi BN malam tadi

Kemenangan calon Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning semalam bukti kepercayaan rakyat Perak terhadap visi Malaysia Madani menentang politik perkauman.


Menurut Pengarah Kempen DAP untuk PRK Ayer Kuning, Howard Lee, kemenangan itu juga membuktikan gagasan Kerajaan Pepaduan semakin mantap, yang seiring dengan aspirasi rakyat Malaysia mahukan kemajmukan dan harmoni.


"Pilihan yang dibuat oleh pengundi jelas membuktikan kepercayaan mereka terhadap visi Malaysia Madani yang dipelopori oleh Kerajaan Perpaduan.


"Ia mencerminkan sokongan kolektif terhadap model pemerintahan yang mementingkan keterangkuman, kemajuan, serta saling menghormati antara semua komuniti.


"Ia juga merupakan satu penolakan yang tegas oleh rakyat terhadap politik ekstrem etno-agama yang dimainkan oleh Pas dan PN, yang bertujuan menabur ketakutan dan perpecahan," katanya dalam kenytaan.


Bendahari DAP Perak itu berkata, PRK Ayer Kuning bukanlah kes terpisah sebaliknya merupakan kesinabungan kemenangan Kerajaan Perpaduan sejak siri PRK 2022.


Hasil formula perpaduan yang sama, katanya, berlaku kemenangan di DUN Mahkota, Pelangai, Nenggiri, dan Kuala Kubu Bharu yang membuktikan apabila perpaduan dipertahankan, rakyat membalas dengan keyakinan dan sokongan.


"Kami juga ingin merakamkan penghargaan terhadap dedikasi tidak berbelah bahagi seluruh jentera DAP. Daripada wakil rakyat, anggota eksekutif negeri dan persekutuan, ahli majlis tempatan sehinggalah ke ahli akar umbi, setiap sumbangan adalah faktor penentu kejayaan kempen ini.


"Komitmen mereka menjadi lambang semangat perpaduan dan tekad bersama yang mendasari perjuangan kita," katanya yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP.


Jelas Howard Lee, ke hadapan DAP Perak akan terus komited untuk berkhidmat kepada rakyat, mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi, dan membina Malaysia yang lebih bersatu dan terus maju serta majmuk.


Untuk rekod, calon Barisan Nasional di PRK Ayer Kuning menang bergaya semalam dengan dengan majoriti 5,006 undi


Secara rasmi Dr Mohamad Yusri mendapat 11,065 undi manakala calon PN, Abd Muhaimin Malek mendapat 6,059 undi dan calon PSM Bawani KS hanya memperolehi 1,106 undi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page