top of page

PRK Ayer Kuning: BN sedia strategi tangkis kempen pembangkang



Barisan Nasional (BN) bersiap sedia dengan strategi tersendiri untuk menangkis kempen sentimen perkauman dan agama sempit yang dijangka akan digunakan pembangkang PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning pada April ini.


Menurut Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ucapan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad semalam yang masih memainkan isu ‘UMDAP’, jolokan kepada kerjasama politik antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan membayangkan bahawa kempen PRK kelak tidak akan jauh daripada isu bersangkutan perkauman.


Bagaimanapun, beliau berharap Pas tidak terlalu gelojoh menghentam DAP kerana parti itu juga sejak 1998 hingga 2014 pernah bersama DAP, dan tempohnya lebih lama berbanding UMNO.


Begitu juga Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria yang begitu keras terhadap DAP, jelasnya, pernah berkerjasama dengan parti itu ketika Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Negeri Perak pada 2018.


"Pada tahun 2008, Idris dan Razman Zakaria adalah penyokong kepada ‘PASDAP’ dengan penubuhan Kerajaan Perak melalui kerjasama Pas dan DAP.


"Kemudian pada tahun 2018, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui BERSADAP (merujuk Bersatu dan DAP).


"Jadi apa masalahnya? Melainkan ia hanya untuk menyakiti orang lain.


"Tidak mengapa, jika mereka masih ‘play this game’, saya akan bawa slaid. Akan ceritakan kepada semua sebelum ada UMDAP, adanya BERSADAP dan PASDAP," ujarnya dipetik Malaysia Gazette.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, Tapah hari ini.


Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.


Dalam ucapan Idris ketika Pelancaran Jentera PN PRK DUN Ayer Kuning, di Padang Awam Tapah Road, Tapah, semalam Pas mengekalkan strategi yang digunakan pada Pilihan Raya Umum lalu menghangatkan isu konon UMNO memungkiri janji kepada pengundi mereka pada PRU15 yang menolak DAP.


Dalam pada itu, Saarani berkata, BN akan melancarkan jentera PRK DUN Ayer Kuning pada 5 April depan.


"Pelancaran jentera akan dibuat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan.


"Majlis tersebut akan diadakan sebelum penamaan calon. Ia dianjurkan setiap tahun, namun kali ini kita tumpang majlis pada Sabtu itu.


"Pada majlis itu, akan diadakan pelancaran jentera dan pada hari sama juga, kita akan umumkan calon," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page