top of page

PRK Ayer Kuning: BN Mampu Ulangi Kemenangan Bergaya



Oleh: Dr Bam Al-Haj


ULASAN: Walaupun PN khususnya Pas telah memulakan gendang perang di DUN Ayer Kuning semasa pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Perikatan Nasional (PN) oleh Datuk Seri Sanusi Md Nor dan Datuk Idris Ahmad pada 16 Mac lalu, tidak nampak tanda-tanda DUN yang menjadi kubu kuat BN itu akan beralih tangan.


Sejak 1986, BN berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang stabil. Parti-parti pembangkang tidak pernah mampu menggugat parti itu. Apatah lagi BN dan PH kini berada dalam satu kerajaan, baik di peringkat pusat mahupun negeri.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 yang lalu, calon BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru. Tiga parti besar iaitu BN, PH dan PN adalah parti yang mendapat undi terbesar berbanding PSM dan GTA yang hilang wang deposit pada PRU lepas.


Kali ini DUN Ayer Kuning hampir pasti milik BN. Di atas kertas, jika undi BN dan PH disatukan, jumlahnya melebihi 15,800 undi. Undi PN pada PRN 2022 hanya 6,812 undi.


Maka kemungkinan calon BN akan menang bergaya dengan majoriti lebih 6,000 undi tidak dapat ditolak, jika kadar turun undi mencapai 60%. Ini fakta.


Main isu fitnah anti DAP


Mainkanlah isu "UMDAP" atau fitnah yang menjadi makanan kesukaan pembangkang, kesannya pasti tidak akan memberi bekas kepada kerjasama BN-PH di DUN Ayer Kuning kali ini. Mainkanlah isu "Melayu-Islam terancam", pengundi Ayer Kuning yang bijaksana pasti akan menolaknya.

Dr Bam Al-Haj
Dr Bam Al-Haj

Lagipun, kemenangan pembangkang tidak memberi kesan kepada Kerajaan Negeri. Manakala kemenangan BN bermakna pembangunan dapat diteruskan dan ditingkatkan.


Dalam keadaan Perak ditadbir dengan baik oleh Menteri Besar Datuk Seri Shaarani Mohammad dan Kerajaan Madani semakin berjaya melonjakkan ekonomi negara di bawah PMX, tidak ada alasan pengundi di DUN tersebut untuk beralih angin.


Apa lagi kepimpinan PN kini dilihat semakin goyang dan ketandusan isu. Mereka hanya mampu "recycle" isu-isu lapuk untuk mengekalkan sokongan tegar parti tersebut.


Apapun, jentera BN dan PH tetap perlu bekerja keras bagi memastikan lebih 60% pengundi turun mengundi dalam PRK pada 26 April nanti.


BN pasti mampu mengulangi kemenangan besar yang dicapai di DUN Nenggiri dan DUN Mahkota pada 2024.


 

Dr Bam Al-Haj merupakan penulis bebas dan ahli NeuroMarketing Strategist.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page