top of page

PRK Air Kuning: Bila tiada isu, bukan sahaja agama, babi pun ditunggang - Khairol

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 2 min read


Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang dalam menunggang isu di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning amat dikesalkan.


Menurut Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Khairol Najib Hashim, perbuatan PN serta jurukempen mereka telah sampai ke tahap memalukan bangsa dan agama.


Ujarnya, pembangkang sebelum ini yang sering menunggang isu agama kini sanggup menunggang isu babi untuk cuba memperdaya pengundi kononnya mereka mahu membela orang Melayu.


Sedangkan, kata Khairol, Kerajaan PN ketika memerintah Perak (2020-2022) tidak pernah menyelesaikan isu ladang babi sebagaimana yang diuar uarkan dalam kempen mereka.


"Apa yang mengecewakan ialah cubaan sesetengah pihak yang seolah-olah cuba menipu ahli dan rakyat dengan mendakwa bahawa sebanyak 34 ladang babi ditutup ketika mereka menjadi kerajaan.


"Hakikatnya, angka itu adalah hasil penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di bawah Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 dan Kaedah-Kaedah 2009, jauh lebih awal sebelum mereka pegang kuasa.


"Ia bukan hasil inisiatif politik, bukan hasil keberanian sesiapa dalam Pas, dan bukan juga hasil pelan yang dibawa ke mesyuarat Exco. Sekadar proses pentadbiran biasa yang dijalankan oleh agensi Kerajaan Negeri. Itu pun mereka nak ‘claim’," katanya dalam kenyataan hari ini.


Lebih tragis, menurut Kharol sewaktu PN memerintah, bukan seorang tetapi dua Exco daripada Pas pernah berada dalam kerajaan. Seorang memegang portfolio Pertanian manakala seorang lagi portfolio Alam Sekitar. Namun isu penternakan babi tidak pernah diselesaikan.


Katanya, Exco Pas dalam kerajaan tidak langsung mengusulkan pelan pemindahan, penyusunan semula malah tiada apa apa perubahan dasar dilakukan.


"Yang ada hanyalah alasan bahawa penternak dah belanja juta-juta untuk rawat bau, maka tak boleh kacau. Bila ada kuasa, jin pun mereka tak kacau. Bila hilang kuasa, babi pun mereka kejar.


"Sekarang setelah tidak lagi dalam kerajaan, barulah timbul keberanian luar biasa. Barulah muncul nada-nada pembelaan rakyat, sensitiviti agama, dan kempen membakar emosi," sinisnya.


Sehubungan itu, AMANAH Perak menyeru pengundi Ayer Kuning dan seluruh rakyat Perak menilai dengan rasional dan waras.


Isu penternakan, katanya tidak boleh diselesaikan dengan retorik ceramah atau video TikTok tetapi dengan dasar, keberanian mentadbir, dan kejujuran dalam fakta.


"Jangan biarkan isu ini ditunggang oleh mereka yang gagal sewaktu diberi kuasa, tetapi kini berselindung di sebalik angka dan sentimen.


"Bila isu lain dah tak jalan, babi pun jadi modal," katanya lagi.

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page