top of page

Prihatin kumpulan minioriti di Bangladesh: PM serlah nilai tinggi kepimpinan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Usaha Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan isu jaminan perlindungan terhadap kumpulan minoriti bersama Ketua Penasihat Sementara Bangladesh, Dr Muhammad Yunus mencerminkan nilai tinggi kepimpinan negara.


Ahi Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George melalui satu kenyataan berkata langkah itu menyerlahkan maksud sebenar konsep Kerajaan Madani yang dipimpin beliau.


"Tindakan Perdana Menteri bukan sahaja menunjukkan keprihatinan beliau terhadap isu antarabangsa tetapi juga menyerlahkan komitmen Malaysia untuk menegakkan nilai kemanusiaan dan keharmonian global.


"Prinsip terpuji ini menandakan satu langkah ke arah keadilan dan kesejahteraan sejagat," katanya yang juga Presiden Rudra Devi Samaj Malaysia itu dalam kenyataan.


Terdahulu, Anwar melalui kenyataan di laman Facebooknya menyatakan rasa gembira beliau atas jaminan diberikan PM sementara Bangladesh itu untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga negara termasuk golongan minoriti.


Perkara itu dibincangkan pada panggilan telefon dengan sahabat lamanya itu pada Selasa malam. Rusuhan menjatuhkan PM Sheikh Hasina Wazed baru baru ini telah menyebabkan kaum minioriti beragama Hindu di Bangladesh dijadikan sasaran sebilangan perusuh yang majoritinya muslim.


Susulan itu jelas Anwar, Malaysia sedia membantu Bangladesh dalam usaha memulihkan keamanan dan kestabilan di negara itu.


Sementara itu Dr Gunaraj berkata, Malaysia mesti terus menjadi model kepada dunia dalam memelihara keharmonian antara etnik dan antara agama dan sebagai pemangkin kepada keamanan global.


Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip kesaksamaan dan keharmonian, Malaysia tegasnya perlu terus menunjukkan kepimpinan yang telus dan adil.


"Kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh dalam memulihkan keamanan dan kestabilan seterusnya menunjukkan komitmen negara untuk memainkan peranan penting di pentas global," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page