top of page

Prestasi pelatih memberangsangkan, PLKN 3.0 berada di landasan tepat

Updated: Feb 22



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang diperkenal semula dianggap berada di landasan tepat untuk mencapai matlamatnya.


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul menyatakan keyakinan itu susulan prestasi memberangsangkan ditunjukkan kumpulan pertama pelatih program itu.

"Ini memberikan kita keyakinan apabila kita laksanakan sepenuhnya tahun depan dengan semua kem sudah bersedia (menerima pelatih PLKN) untuk fasa kedua," katanya dipetik.


Johari berkata begitu pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pelatih PLKN 3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan khas kepada pelatih program itu dengan menekankan kepentingan patriotisme, peranan belia dalam pembangunan negara dan nilai kepimpinan yang berintegriti.


Syarahan khas itu adalah sebahagian daripada usaha Parlimen Malaysia mendekati golongan muda serta membentuk generasi yang celik demokrasi dan prihatin terhadap pembangunan negara, selain usaha membangun kepimpinan generasi baharu Parlimen Malaysia termasuk inisiatif Parlimen Belia dan Sekolah Parlimen.


PLKN 3.0 dijelmakan semula sebagai inisiatif pembangunan modal insan yang lebih holistik dengan konsep dan format baharu yang bersifat komprehensif dan transformatif.


Langkah itu sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan pemimpin muda yang berwibawa.


Sementara itu sebagai mengulas program siri pertama itu Johari berkata, pelatih yang tamat latihan akan memulakan perjalanan hidup dengan ilmu keyakinan diri dan disiplin ketenteraan yang dipelajari sepanjang program 45 hari itu.


"Perkara penting adalah ilmu bagaimana yakinkan diri dalam kehidupan dan disiplin ketenteraan ini dapat menjadi pedoman serta panduan hidup mereka," katanya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page