top of page

Prestasi KDNK 4 negeri lebih baik pada 2023, berbanding sebelumnya


Oleh: Azuan Ab Rahman


Empat negeri merekodkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 yang lebih baik berbanding pencapaian di peringkat nasional pada tahun sebelumnya, berdasarkan perangkaan terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ekonomi negeri Selangor mencatatkan pertumbuhan KDNK 5.4%, diikuti Pahang (5.2%), Johor (4.1%) dan Kuala Lumpur (3.7%) sekaligus mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional.


Melalui sesi Pembentangan serta Soal Jawab Berkenaan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KDNK Mengikut Negeri, 2023, secara dalam talian pada Selasa, Dr Mohd Uzir menambah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal penyumbang utama kepada ekonomi negara tahun lepas.


"Prestasi ekonomi Selangor, Pahang dan Johor dipacu oleh sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan manakala sektor perkhidmatan di Selangor dan Johor berkembang masing-masing 6.1% dan 5.4% didorong pertumbuhan subsektor utiliti, pengangkutan & penyimpanan dan maklumat & komunikasi.


"Bagi Pahang, pengembangan sektor ini sebanyak 6% disokong perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan manakala pengembangan sektor pembuatan sebanyak 2% di Selangor pula disebabkan pertumbuhan subsektor peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (6.2%) serta produk minyak & lemak daripada sayuran & haiwan dan pemprosesan makanan (10.3%).


"Bagi Johor, sektor pembuatannya meningkat 2.8% didorong pertumbuhan produk elektrik, elektronik dan optikal (2.9%) manakala di Pahang, pertumbuhan 6.7% bagi produk petroleum, kimia, getah dan plastik telah menyumbang kenaikan 2.1% bagi sektor pembuatan negeri ini, "katanya.


Dr Mohd Uzir turut memaklumkan, pengembangan ekonomi Kuala Lumpur sebanyak 3.7% dipacu sektor perkhidmatan dengan pertumbuh 4.9%, disokong perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan.


Pulau Pinang pula yang merupakan pengeluar utama produk elektrik dan elektronik negara merekodkan kejatuhan sektor pembuatan sebanyak 0.5% disebabkan penyusutan pengeluaran produk berkenaan sebanyak 0.8%, namun pertumbuhan sektor perkhidmatan sebanyak 6% mengimbangi kejatuhan ini, sekali gus meningkatkan KDNK Pulau Pinang kepada 3.3%, jelasnya.


"Prospek ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 berdasarkan Indeks Pelopor dari Januari hingga April 2024 menunjukkan prestasi ekonomi akan mengalami pertumbuhan berterusan dalam tempoh terdekat disebabkan oleh peningkatan dalam semua komponen kecuali Import Benar Semikonduktor.


"Pertumbuhan berterusan juga dapat dilihat melalui prestasi KDNK suku pertama tahun 2024 yang lebih baik dengan pertumbuhan 4.2% berbanding 2.9% pada suku tahun sebelumnya, " jelasnya.


Sementara itu, Mohd Uzir berkata, nilai KDNK per kapita nasional (bagi setiap penduduk) pada tahun 2023 adalah RM54,612.


"Bagi prestasi mengikut negeri, lima negeri merekodkan nilai KDNK per kapita melebihi paras nasional iaitu Kuala Lumpur (RM131,038), Labuan (RM83,596), Pulau Pinang (RM72,586), Sarawak (RM72,411) dan Selangor (RM62,492)," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page