top of page

Prestasi dividen KWSP buktikan komitmen Ekonomi MADANI berjaya



Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan ahli dana persaraan itu terjamin.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar propertumbuhan Kerajaan, pelaburan dalam infrastruktur, dan langkah fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI memainkan peranan kritikal dalam meningkatkan keyakinan perniagaan serta menyokong sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan, dan teknologi.


Justeru prestasi dividen KWSP yang cemerlang bukan sahaja memberi manfaat kepada simpanan persaraan ahli, tetapi juga kepada ekonomi negara secara keseluruhan.


"Syabas kepada KWSP! Alhamdulillah, KWSP sekali lagi berjaya mengatasi jangkaan. Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global," katanya dipetik.


KWSP pada Sabtu mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Menerusi penguman itu KWSP juga memaklumkan Program Outreach KWSP mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam jumlah pencarum sukarela sebanyak 1,193,396, naik 32 peratus daripada 902,213 pada 2023.


Justeru Amir Hamzah menegaskan, pencapaian itu termasuk prestasi simpanan Shariah yang setanding dengan Simpanan Konvensional adalah petanda penting bahawa ekonomi negara semakin kukuh.


KWSP adalah salah satu daripada enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang mengambil bahagian dalam program GEAR-Up yang diterajui oleh Kementerian Kewangan bagi mempercepatkan penstrukturan ekonomi negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI.


Program GEAR-Up turut disertai oleh Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, Permodalan Nasional Bhd, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).


Di bawah program ini GLIC terbabit komited untuk melabur sebanyak RM120 bilion dalam pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun serta RM440 bilion dalam pelaburan pasaran awam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page