top of page

Presiden Palestin ucap terima kasih kepada pemimpin, rakyat Malaysia



Oleh: Azuan Ab Rahman


Presiden Palestin Mahmoud Abbas merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat negara itu.


Ucapan itu dizahirkan sendiri Abbas kepada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pertemuan antara mereka di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.


"Beliau minta sampaikan salam terima kasih rakyat Palestin kepada seluruh rakyat Malaysia," menurut Mohamad dalam catatan di laman Facebooknya.


Mohamad Hasan kini berada di Riyadh untuk mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Mesyuarat Khas WEF.


Sebagai rekod, Malaysia kini menjadi negara paling lantang membela Palestin.


Seorang wartawan warga British-Amerika terkenal Mehdi Hasan berkata, Anwar kini telah mewakili suara majoriti rakyat dunia yang mempertahankan hak warga Palestin.


Hal itu susulan keberanian Anwar mengkritik sikap pemimpin Eropah dan Barat yang bersikap “selektif” dan “ambivalen” terhadap konflik kemanusiaan yang berlanjutan di Palestin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page