top of page

Prabowo teruja ditunjuk foto kunjungan selepas pembebasan Anwar 2018



Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto semalam teruja ditunjuk foto lama beliau bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungan persahabatan ke Malaysia selepas Anwar memperolehi pengampunan penuh pada Mei 2018.


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menunjukkan foto tersebut ketika Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Prabowo di rumah pemimpin Republik Indonesia (RI) itu di Jalan Kertanegara, Jakarta Selatan, malam tadi.


"Bapak Presiden, ini gambarnya Pak, tahun 2018.....," kata Shamsul dilihat mengangkat telefon bimbitnya dalam satu klip video.


Momen tersebut disambut Anwar yang melihat foto kenangan berkenaan dengan ekspresi gembira.


"Masa 2018, ini kebetulan bertiga (bersama Prabowo, Shamsul dan Anwar)," tambah Shamsul.

Salah satu kunjungan Prabowo pada 2018

Prabowo merupakan antara ahli politik dari negara Asia Tenggara terawal bertemu Anwar pada selepas tokoh reformasi itu menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong dan membebaskannya daripada hukuman penjara sejak 2015.


Ketika itu Prabowo merupakan ahli politik berpengaruh yang merupakan bakal calon dalam pemilihan Presiden Indonesia. Prabowo kemudian menunjukkan sikapnya sebagai sahabat sejati apabila terus berkunjung menemui Anwar biarpun setelah berlaku Langkah Sharaton dan Anwar tidak lagi disebut sebut sebagai calon PM pengganti Tun Mahathir Mohamad.


Kehadiran Anwar di rumah Prabowo semalam turut dipetik pelbagai media Indonesia sebagai kesaksian hubungan baik Presiden Terpilih RI dan PM Malaysia yang bakal membawa kedua dua negara ke era hubungan diplomatik yang lebih akrab.


Portal Detik News misalnya melaporkan Prabowo mengunggah saat menyambut kedatangan PM Malaysia di kediamannya di Jakarta Selatan. Prabowo menyebut satu kehormatan besar dapat menyambut sahabat karibnya di kediaman beliau.


"Merupakan kehormatan besar menerima sahabat saya, Perdana Menteri Malaysia, @anwaribrahim, di kediaman orang tua saya di Kertanegara 4, Jakarta," tulis Prabowo di akaun X rasminya.


Media yang sama juga menyiarkan komen Anwar yang berjanji hubungan lebih baik di antara Indonesia dan Malaysia selepas ini.


"Insya-Allah, kami akan bekerja dengan lebih dekat dalam suasana persahabatan, tidak hanya di peringkat pribadi, tetapi juga di peringkat kenegaraan yang pasti akan memberi manfaat terbaik kepada rakyat kedua-dua negara," katanya.


Prabowo dan timbalannya Gibran akan diangkat secara rasmi sebagai Presiden dan Wakil Presiden RI hari ini. Sebanyak 20 ketua negara akan menghadiri upacara itu. Selain ketua negara, terdapat 18 menteri negara asing yang hadir dalam upacara berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page