top of page

Potongan tol 50 peratus memadai, penjimatan dana tingkat bantuan bersasar



Oleh: Fiza Halim


Diskaun tol musim perayaan sebanyak 50 peratus pada Tahun Baharu Cina ini memadai memandangkan kerajaan boleh meningkatkan pemberian subsidi bersasar kepada rakyat, berbanding pemberian tol percuma seperti pada 2023 dan 2024.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar, tindakan itu telah menjimatkan separuh daripada kewangan yang dikeluarkan kerana sejak dua tahun lalu merajaan telah membelanjakan sebanyak 350 juta untuk tol percuma.


Beliau menjelaskan bahawa dana yang dijimatkan boleh disalurkan kepada bantuan persekolahan, pembangunan infrastruktur, kesihatan dan lain-lain.


"Dalam keadaan semasa, kerajaan memilih untuk memberikan impak yang lebih besar. Ini bukan bermakna mengurangkan manfaat, tetapi sebaliknya memberi kesan yang lebih besar untuk kebajikan rakyat, seperti dalam hal bantuan sekolah dan sebagainya," katanya ketika dihubungi.


Pada masa sama, Haziq berkata, tol percuma pada tahun-tahun sebelum ini bolehlah dianggap sebagai 'bantuan sementara' kerana rakyat sedang dalam proses pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19.


Namun kini, katanya, ekonomi semakin pulih dan rakyat mempunyai pendapatan yang terjamin.

Haziq Azfar
Haziq Azfar

"Statistik menunjukkan ekonomi sedang bertambah baik. Bantuan yang diberikan selepas pandemik adalah separuh daripada apa yang sepatutnya, tetapi tujuan kerajaan tetap sama, menjaga kebajikan rakyat.


"Kita perlu melihat perkara ini secara menyeluruh. Bantuan untuk perkara asas seperti pendidikan dan kesihatan bagi saya lebih bermakna buat rakyat, dan harus dipastikan aspek-aspek ini mendapat perhatian yang lebih besar," tambahnya.


Pada Jumaat lepas, Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan itu yang ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet, membabitkan implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan sebanyak RM20.08 juta bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol.


Beliau berkata, potongan tol akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa) bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page