top of page

Politik Islam amalkan dakwah, bukan tohmah, fitnah - Wanita Muda AMANAH



Politik Islam ditegakkan atas prinsip dakwah dan keharmonian yang bermatlamat membina kecemerlangan tamadun.


Bagi Timbalan Ketua Wanita Muda Amanah (WARDA), Siti Nur Aishah Mohd Zain, parti itu sejak ditubuhkan hampir sedekad lalu bergerak di atas landasan politik Islam yang mengutamakan ajaran keharmonian dan hubungan muhibah pelbagai kaum sebagai matlamat perjuangan.


"WARDA menegaskan politik bukan soal merebut kuasa tetapi mahu membawa kesejahteraan kepada rakyat dengan prinsip yang baik. Inilah politik rahmah yang digagaskan Islam selaras dengan pengutusan Rasulullah SAW.


"AMANAH berpegang teguh kepada prinsip politik rahmah ini dengan tekad untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan ajaran Islam demi memartabatkan negara.


"Di samping kita tegas pada dasar yang jelas dalam Islam, AMANAH juga menitikberatkan pendekatan dakwah dan maqasid syariah untuk melahirkan masyarakat madani yang sejahtera," katanya dalam satu kenyataan.


Pada masa sama, WARDA katanya, menolak corak politik yang dipraktikkan parti pesaing seperti Pas yang sering melakukan tohmahan ke atas musuh serta mengamalkan perkauman sempit.


Nur Aishah juga tertanya tanya apakah pemimpin Pas ketandusan idea sehingga sering menggunakan taktik berbohong atau memburuk burukkan individu, terutamanya pemimpin DAP dalam menarik sokongan.


"WARDA amat kesal, apabila Pas masih menggunakan fitnah sebagai alat politik, lebih sibuk menyerang daripada membina. Jika benar mahu menegakkan Islam, mengapa menggunakan cara yang jelas dilarang dalam agama?


"Adakah Pas sudah ketandusan idea dan produk untuk dijual kepada rakyat? Warda percaya bahawa anak muda benci kepada budaya fitnah dan Pas harus berhenti daripada politik adu-domba yang tidak berkesudahan, kerana Islam tidak dipandang tinggi apabila kita menghalalkan perbuatan yang ditegah dalam agama dan bertentangan dengan norma manusia," katanya.


Beliau memetik Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 yang menolak fitnah digunakan sebagai serangan terhadap lawan.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik membawa suatu berita, maka telitilah (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."


Nur Aishah juga mengingatkan sabda Rasulullah SAW agar umat Islam menjauhi fitnah.


"Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)." Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Sehubungan itu, katanya, AMANAH berada di persada politik tanah air untuk berpolitik dengan memajukan rakyat melalui dasar yang membawa kebaikan.


Amanah akan terus mencari solusi untuk membela kebajikan rakyat dan mewujudkan sebuah negara yang sejahtera buat semua rakyat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page