top of page

Politik ghuluw, akidah sesat perlu dibanteras demi kestabilan negara



Insiden politik melampau atau ghuluw dan kesesatan akidah yang berlaku kebelakangan ini perlu ditangani dengan segera dan secara tuntas.


Bagi Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, isu besar yang berlaku sekarang ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja.


Menurut beliau, politik ghuluw sejak tercetusnya Amanat Hj Hadi pada 1980an telah memberi kesan besar sehingga kini manakala Aurat Muhammadiyah pegangan al Arqam yang difatwakan sesat pada 1990an juga hari ini didakwa diamalkan oleh ahli kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).


Katanya, kedua dua perkara itu perlu diselesaikan agar tidak menjadi beban kepada generasi akan datang.


"Amanat Hadi menyebabkan Ibrahim Libya bertindak. Terjadi peristiwa Memali dan 14 orang terbunuh. Itu akibat kesilapan memahami fatwa (figh bernegara).


"(Manakala) kesesatan Ashaari Mohammad (pengasas al Arqam) dia membawa Aurat Muhammadiyah dan sebagainya. Kemudian (aurat) ditambah pihak lain.


"Akibatnya hampir sama. Satu pihak (Pas) bawa fahaman melampau yang kita panggil khawarij, satu pihak lagi bawa kesesatan dari sudut akidah. Khawarij pula sesat dalam tindakan," katanya dalam sidang media SGGMSR semalam.


Mengulas laporan polis yang dibuat oleh SGGMSR berhubung ucapan di Muktamar Pas ke-70 di Pahang minggu lalu yang menjurus kepada memfitnah Perdana Menteri, Mustapa Mansor berkata, sudah tiba masanya pihak polis secara serius menyiasat ucapan fitnah seperti itu.


Malah katanya, ucapan sebegitu tidak wajar diungkapkan oleh pemuda Pas yang menjunjung perjuangan Islam. Katanya, kesalahan liwat yang digembar gemburkan pemuda Pas itu memerlukan pihak penuduh membawa empat saksi mengikut undang undang Islam.


Dalam perbicaraan di mahkamah sivil sebelum ini, katanya, tidak pernah ditampilkan empat saksi yang melihat peristiwa tersebut berlaku.


"Sesuatu yang sangat malang bila disebut sebagai parti politik berdaftar di Malaysia cuba menggunakan istilah yang sangat jijik kononnya PMX peliwat.


"Jelas sekali undang undang Islam berdasarkan surah An Nur, ayat 4, sesiapa sahaja yang membuat tuduhan zina (atau liwat) tanpa bawa 4 saksi maka dua akan terjadi. Dia mesti dirotan 80 kali, kedua kesaksiannya tidak boleh diterima sampai ke akhir hayat," katanya.


Mustapa menegaskan, pemimpin Pas pada era reformasi dua dekad lalu telah jelas mengenai konspirasi politik yang dilakukan rejim Mahathir ke atas Anwar Ibrahim, dan semua keputusan mahkamah pada waktu itu telah dipertikaikan. Maka, katanya, amat malang apabila generasi muda Pas mahu memutar balik fakta yang telah berlaku.


Oleh itu, Mustapa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia mahu kerajaan bertindak terutama ke atas laskar siber di media sosial yang cuba mencetuskan suasana tidak tenteram, dan boleh mensabotaj pemulihan ekonomi yang sedang berjalan dengan menimbulkan isu isu bersifat tohmahan dan fitnah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page