top of page

Polisi pintu terbuka tingkat sektor pertanian, keterjaminan makanan



Kerajaan mengamalkan polisi pintu terbuka dalam usaha memperkukuh sektor pertanian dan keterjaminan makanan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengalu-alukan kerjasama strategik membabitkan pelabur dari dalam dan luar negara selain menggalakkan kerjasama awam-swasta.


Malah kementeriannya kini giat berusaha meningkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa melalui pelbagai rundingan dua hala dan pelbagai hala.


"Pada tahun lepas, semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45, Malaysia sebagai pengerusi telah menyatakan komitmen untuk melipatgandakan usaha memacu kerjasama lebih erat antara negara anggota, bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.


"Kita juga telah mencadangkan dua keutamaan pencapaian ekonomi sebagai persediaan Malaysia sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan. Saya berharap ia mampu mencapai pembangunan dalam sektor pertanian yang lebih mampan, serta mengukuhkan keselamatan makanan di rantau ASEAN," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya berucap pada Persidangan Keterjaminan Makanan Asia 2024, di Putrajaya pada Rabu.


Dalam pada itu Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi fokus kepada usaha memperkasakan industri pertanian dan pada masa sama meningkatkan kualiti hidup serta tahap sosioekonomi petani, penternak dan nelayan di Malaysia.

"Bagi tahun ini, sebanyak RM6.17 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara, dan jumlah ini merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah setakat ini," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page