top of page

Polis terus siasatan, belum ada bukti kerja pengorekan tanah ganggu paip gas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu siasatan punca kebakaran masih berjalan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu siasatan punca kebakaran masih berjalan

Pihak polis masih meneruskan siasatan sama ada kerja kerja pengorekan tanah bagi memasang saluran pembentungan yang didakwa mungkin mengganggu laluan paip gas di kawasan Putra Heights dan menyebabkan letupan pada 1 April lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis belum dapat menentukan apakah kerja kerja berkenaan mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran lima hari lalu.


"Kerja-kerja galian ini dilakukan dan dipantau oleh pihak polis bersama Petronas, JKR, Jupem, DOSH, TNB, Air Selangor dan pihak kontraktor.


"Adakah kerja kerja korekan oleh kontraktor ini ada mengganggu laluan paip belum dapat ditentukan buat masa ini, sehingga keseluruhan pipeline di kawasan tersebut diexpose dan disiasat lanjut," katanya dalam sidang media petang tadi.


Dalam pada itu, Hussein memaklumkan setekat ini pihak polis telah menjalankan siasatan dengan mengali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor. Didapati paip kumbahan di tepi jalan itu dipasang pada kedalaman 2.1 meter dari aras jalan.


"Keterangan lanjut didapati kerja-kerja korekan yang dibuat oleh kontraktor ini tidak melebihi 3 meter sepanjang jalan tersebut dengan lebar korekan adalah 1.5 meter.


"Kerja kerja korekan dan pemasangan ini telah dilakukan sepanjang lebih kurang 30 meter dan dipercayai akan disambung lagi. Jalan yang merentasi laluan paip gas Petronas ini adalah jalan yang diluluskan (digazetkan)," katanya.


Menurut Hussein lagi, kerja pengorekan untuk siasatan itu dilakukan menggunakan tiga jengkaut, satu jentolak dan 1 backhoe sedang diteruskan bagi membuka kawasan dan meninjau kedudukan paip Petronas yang dipercayai berada di kedalaman antara 6 dan 7 meter di dalam tanah.


Pihak polis juga mendapati paip gas berada pada kedalaman 5.6 meter dari aras jalan. Maksudnya jarak antara paip kumbahan dan paip gas adalah 1.6 meter. Keadaaan fizikal paip tersebut tidak menunjukkan sebarang gangguan yang nyata.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page