top of page

PN tolak MoU: Kerajaan boleh salur peruntukan kepada IKR



Penolakan Memorandum Persefaham (MoU) kerajaan-pembangkang untuk pemberian peruntukan parlimen yang diumumkan PN semalam merupakan suatu sikap yang tidak bertanggungjawab.


Menurut Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Haziq Azfar, penolakan itu juga menunjukkan sikap angkuh pembangkang yang sepatutnya memikirkan mengenai kebajikan pengundi di bawah jagaan mereka.


Kata Haziq, syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Perpaduan amat diperlukan untuk memastikan pengagihan peruntukan tersebut memenuhi tatakelola baik dan tidak dibazirkan.


"Pembangkang terus berpura-pura menjadi mangsa keadaan (dengan menolak syarat) tatkala mereka mempunyai pilihan untuk meneruskan rundingan dengan Kerajaan.

"Pembangkang wajar mencontohi semangat rundingan yang dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan serta sikap proaktif Ketua Pembangkang Sdr Anwar Ibrahim ketika itu sehingga termeterainya Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik dua tahun lalu," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, kata Haziq, rakyat perlu diingatkan sikap tidak mesra yang ditunjukkan oleh PN apabila tiada pimpinan utama mahupun Ketua Pembangkang hadir berunding sehingga lebih setahun PN berperanan sebagai pembangkang.


Katanya, dengan penolakan diumumkan semalam maka Kerajaan seharusnya menyalurkan terus peruntukan parlimen berkenaan kepada rakyat di kawasan PN.


"Jika pembangkang terus bermain politik, maka Kerajaan wajar mempertimbangkan supaya peruntukan tersebut disalurkan kepada Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) bagi setiap kawasan.


"Hakikatnya IKR yang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan merupakan salah satu usaha ‘underrated’ bagi mendemokrasikan dana kerajaan dengan membenarkan orang awam memohon sebarang pembangunan kecil secara terus," katanya lagi.


Bagaimanapun, Haziq tetap berharap pembangkang akan mempertimbangkan semula untuk menyertai rundingan MoU dan tidak terlalu terikat dengan perjuangan politik sempit mereka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page