top of page

PN tidak boleh banding prestasi Pahang, main isu agama sempit



Pemimpin PN yang berkempen dalam Pilihan Raya kecil DUN Pelangai tidak mempunyai isu membandingkan kemajuan Pahang dan negeri ditadbir Pas sehingga membawa isu isu yang pelik dan merapu.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata demikian dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di DUN Pelangai, malam tadi.


Beliau berkata demikian merujuk ceramah pemimpin PN mengatakan bahawa sekiranya BN terus memerintah maka semua hak milik orang Melayu akan diserahkan ke kaum lain.


"Kelantan hasil RM300 juta setahun, Pahang RM950 juta hasil. Sebab itu bila dia datang sini, Pahang ini kalau BN terus perintah, tengok nanti orang lain (Cina) baca khutbah, banyak benda akan pindah kepada kaum lain. Dia mewujudkan persepsi supaya kita takut.


"Kita di Pahang ni tak pernah dengar orang berceramah mencarut. Benda dalam seluar pun dia sebut.


"Kita di Pahang lain cara. Kita hormat tetamu, bukan cakap ikut suka. Dia (Sanusi) banjir di Kedah dia datang ke sini. Ceramah sini buat apa?" katanya merujuk kepada ceramah MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor sejak beberapa hari lalu.


Sinis Wan Rosdy lagi, Kedah tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, begitu juga beberapa negeri tadbiran Pas yang lain.


Namun dengan penghinaan pemimpin Pas kepada PMX maka terserlah sikap tidak mengenang budi para pemimpin parti itu.


"Saya beritahu Datuk Seri Anwar tak usah bagi (peruntukan) lepas ini, bayar gaji saja, duit semua hantar ke Pahang


"Contoh kita ada masalah jalan di Pahang dapat RM500 juta selesai masalah. Macam mana nak buat, minta RM500 juta dapat RM150 juta. Sebab kita bagi juga negeri lain. Tetapi kali ini jangan beri lah sebab mereka tak mengenang budi. Baik beri ke Pahang


"Begitu juga masalah air. Saya bagi jaminan dalam dewan masalah air di Pahang akan selesai menjelang 2026. Tetapi kalau YAB Anwar beri banyak duit kepada kita, InshaAllah sebelum 2026 masalah selesai," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page