top of page

'PN tahu subsidi diesel tidak tertanggung tetapi tidak beritahu rakyat'



Pembangkang PN yang sering mengecam Kerajaan Madani kerana menguatkuasakan dasar penyasaran subsidi diesel hakikatnya mengetahui bahawa kerajaan tidak lagi mampu terus melaksanakan polisi subsidi pukal tetapi tidak mendedahkannya kepada rakyat.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, PN pernah menjadi kerajaan (2020 - 2022) dan maklum jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan terutama dalam bahan api diesel serta petrol yang berjumlah lebih RM60 bilion setahun.


Katanya, bagi tahun 2023 sahaja subsidi diesel mencecah RM10 bilion. Manakala, katanya, sewaktu menjadi pembangkang, PH pernah memperjuangkan subsidi kerana ketika itu subsidi diesel sekitar RM1 bilion sahaja.


"Sebab itu saya tanya kepimpinan masa itu, pada 2015, RM1 bilion tak akan tak nak tanggung? Jimat mana yang patut, daripada naik harga minyak dan beri kesan besar kepada rakyat.


"Masa itu harga minyak mentah AS$ 20 - AS$30 setong.


"Belanja subsidi diesel kita tahun 2016 sebanyak RM5 bilion, 2018 RM7 bilion, 2019 turun RM6 bilion, 2020 turun RM550 juta (PKP) dan 2021 naik RM4 bilion


"Sekarang kita kena buat pilihan (bagi menyelamatkan ekonomi). Pilihannya adalah lebih baik bawa perubahan dalam agihan subsidi rakyat. Ada yang perlu dapat bulanan, kita beri peruntukan bulanan.


"PN tahu hal ini tetapi mereka tak nak cakap kepada rakyat," kata Rafizi dalam ceramah di Sungai Bakap malam tadi.


Selain itu, beliau turut mengulas mengenai pendapat Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berhubung isu akademik calon PN dan tidak perlunya calon DUN dilantik daripada kalangan yang mempunyai ijazah doktor falsafah.


Kata Rafizi, mungkin dalam Pas akademik tidak diutamakan tetapi untuk mentadbir kerajaan secara berkesan kelulusan tinggi adalah kelebihan.


"Mursyidul Am kata, sebab (MB Kedah) Sanusi kata orang cerdik bukan boleh jadi pemimpin sangat pun.


"Bagi saya dalam Pas boleh lah. Dalam parti lain tak boleh. Kalau kurang cerdik macam mana nak jadi pemimpin. Duduk dalam jawatan kerajaan, dia nak kena selesai masalah air, hutan, ekonomi


"Hashim Jasin beritahu. Dia kata tak perlu sangat pun (calon ada PhD), tak penting. Hashim sambung, yang penting kita boleh percaya kat calon. Dia nak beritahu Cikgu Joohari 'tak boleh percaya'.


"Dia nak beritahu tak cerdik pun tak apa, asal dia dari kami," katanya.


Dalam pada itu, Rafizi meluahkan keyakinannya kepada keupayaan calon Pakatan Harapan dalam kempen yang memasuki minggu kedua.


Katanya, sejak sebelum mula berkempen lagi pasukan beliau telahpun melakukan culaan kepada pengundi Melayu, Cina dan India. Hasil culaan, ujar Rafizi, rekod pentadbiran PN tidak memberansangkan.


"Kita telah buat survey. Satu soalan penting yang kita tanya, adakah anda berpuas hati dengan wakil rakyat PN?


"Cina, India memang tak puas hati. Saya cerita pasal Melayu. Dalam PRN 2023 calon PN dapat sokongan 70% Melayu. Calon PH hanya dapat 22%.


"Maksudnya majoriti pengundi Melayu pilih calon PN. Setahun kemudian, kita tanya soalan, sepatutnya dengan sokongan tinggi kalau betul prestasi PN baik, sepatutnya sekitar 70% sokongan (dipertahankan). Tetapi yang puas hati hanya sekitar 48%," katanya lagi.


Oleh itu, kata Rafizi PN tidak berani membandingkan prestasi calonnya dalam kempen di Sungai Bakap melainkan memainkan isu nasional seperti harga diesel dan sebagainya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page