top of page

PN kerajaan 33 bulan, kenapa tidak selesai masalah air Sg Bakap?



Hujah pemimpin Pas kononnya Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas menyelesaikan masalah air di Pulau Pinang Selatan dibidas Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap, Rafizi Ramli.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN itu, Kerajaan Madani baharu memerintah Persekutuan selama lebih setahun, bagaimanapun katanya, kabinet telah pun memikirkan penyelesaian isu air di Seberang Perai Selatan yang mana terletaknya Sungai Bakap.


Sebaliknya, Rafizi tertanya tanya apakah yang dilakukan oleh kerajaan PN selama 33 bulan memerintah dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri merupakan Menteri Air kerajaan berkenaan.


"Kita semua tahu masalah sebenar (di Sungai Bakap) air tak cukup. Untuk kita menyelesaikan masalah ini memerlukan peruntukan besar Kerajaan Persekutuan. Sebab kita kena bawa air dari Sungai Perak. Sungai Perak kat Kuala Kangsar. Kena buat paip, letak pam, buat terowong. Kerajaan perlu belanja RM4 bilion selesai masalah air. Tak ada PRK Sungai Bakap pun masalah air akan selesai.


"Tetapi PN jadi kerajaan 33 bulan. Dulu berhutang (tadbir negara), dia (Tuan Ibrahim) Menteri Air sampai ke sudah tak selesai masalah air. Setahun Kerajaan Madani ambil alih, Anwar kata ada masalah air di utara. Tidak boleh selesai sesama negeri, Persekutuan kena masuk, bayar RM4 bilion.


"Saya nak tanya Tuan Ibrahim, semasa jadi menteri dalam kerajaan yang kawal duit, kenapa kamu Menteri Air, kamu tak tolong penduduk di sini," katanya dalam ceramah malam tadi.


Dalam pada itu, Rafizi turut menjelaskan mengapakah kerajaan perlu menggunakan sumber air daripada Sungai Perak yang jauh di selatan kerana sungai di Pulau Pinang dan Kedah tidak lagi mampu menyediakan air mentah secukupnya.


Apatah lagi untuk pembangunan DUN Sungai Bakap pada masa hadapan yang memerlukan kawasan perindustrian baharu dan sebagainya.


"Kita dah umum berkali kali masalah air di Sungai Bakap bukan masalah di sini sahaja. Ini masalah di utara Semenanjung. Sebab air bukan sahaja soal paip tetapi sumber air tak ada


"Orang makin ramai, kilang makin banyak, sungai banyak itu sahaja. Memang kebiasaannya bila orang makin ramai air makin kurang.


"Jadi tahun lepas kita tengok (penyelesaian masalah air). Jika Kerajaan Persekutuan tidak campur tangan, masalah air ini akan terus berlarutan," kata Rafizi lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page