top of page

PN jangan sibuk urusan pembahagian kerusi PH-BN N Sembilan



Oleh: Akmal Manaf


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan untuk tidak komen urusan pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata kekuatan Kerajaan Perpaduan yang bersatu di negeri itu bakal merampas kembali lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Lima kerusi iaitu Serting, Labu, Paroi, Bagan Pinang dan Gemas adalah milik Perikatan Nasional (PN) yang dimenangi pada PRN tahun 2023 lalu.


Lokman berkata, sekiranya berlaku pertembungan satu lawan satu antara Kerajaan Perpaduan dan PN, pihaknya berkeyakinan gabungan pembangkang itu akan tewas bukan sahaja di Negeri Sembilan, malah di negeri lain.


"Hakikatnya, kalau berlaku pertandingan satu lawan, pasti 'bungkus' (PN) bukan setakat di Negeri Sembilan, tapi di negeri-negeri lain yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.


"Macam Kelantan dan Terengganu yang mungkin 95 peratus Melayu itu, bolehlah juga PN ada harapan (untuk menang), tetapi di negeri lain 'confirm' mereka akan bungkus," katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya.


Justeru, Lokman yang juga Pengarah Komunikasi UMNO berpendapat persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan PH tidak perlu diganggu gugat oleh pendapat pemimpin PN mendakwa akan berlaku perselisihan dalam pembahagian kerusi PH - BN di Negeri Sembilan.


"Biarlah urusan PH-BN di Negeri Sembilan ditentukan melalui rundingan dan kebijaksanaan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan kepimpinan PH negeri," katanya lagi.


Terdahulu, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dilaporkan berkata, langkah BN menyertai rundingan kerusi dengan PH menunjukkan gabungan itu tidak yakin boleh menawan Negeri Sembilan jika bergerak secara bersendirian.


Beliau mendakwa, BN sedar tentang peningkatan sokongan terhadap PN di negeri berkenaan.


Susulan dakwaan itu, Lokman membidas Hanifah dengan menyifatkan 'rundingan' merupakan perkara biasa yang dilakukan dalam kerjasama antara gabungan parti-parti politik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page