top of page

PN belum didaftarkan, bagaimana nasib calon PRN Sabah?

Updated: Sep 14, 2020



Perikatan Nasional (PN) digembar-gemburkan telah didaftar ke Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah gabungan parti politik.


Oleh yang demikian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, PN bertanding menggunakan logo dan mempunyai calon-calon sendiri.


Bagaimanapun, semakan yang dilakukan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman mendapati tidak wujud nama PN dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai parti politik.


"Saya telah membuat semakan melalui laman sesawang Pendaftar Pertubuhan berkaitan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) dan saya mendapati tiada rekod ditemui.


"Setakat jam 2.22am, 14 September 2020, tiada rekod berkaitan berjaya dipaparkan.


"Semakan seterusnya ke atas nama "Perikatan Nasional" atau "Prikatan Nasional" turut tidak menemui sebarang rekod daftar.


"Melalui makluman media, kononnya permohonan untuk pendaftaran Parti Perikatan Nasional telah dihantar sebelum atau pada 20 Ogos 2020.


"Justeru itu saya menggesa Pendaftar Pertubuhan untuk memberikan pencerahan apakah status pendaftaran Parti Perikatan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.


Syed Badli mengingatkan, sekiranya PN belum sah pendaftarannya maka calon-calon yang menggunakan logo pertubuhan tersebut dalam pencalonan PRN Sabah baru-baru ini adalah tidak sah dan terbatal sama sekali.


"Jika benar Parti Perikatan Nasional masih gagal didaftarkan bererti semua calon-calon yang masuk bertanding pada PRN Sabah di atas bendera Perikatan Nasional haruslah dibatalkan.


"Sehubungan itu saya menggesa pendaftar pertubuhan untuk mendedahkan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional," katanya lagi.


Syed Badli turut memberi pautan laman web rasmi ROS yang dilayarinya sebagai rujukan: https://www.ros.gov.my/index.php?id=2&page_id=19


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page