top of page

PMX tunai janji: Kenaikan gaji lebih 13% bukti hargai penjawat awam



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Saya mengopi di sebuah kafe di Kuala Kubu Bahru selepas mendengar ucapan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi semalam.


Sebelah meja saya rancak dan ceria sekumpulan wanita muda bercerita mengenai kenaikan gaji yang diumumkan oleh PMX.


Salah seorang daripada wanita tersebut membuat kiraan berapa kenaikan gaji yang bakal mereka terima Disember ini.


Teruja sungguh mereka merancang perbelanjaan termasuk ada yang sudah menyatakan hasrat untuk menambah tabungan bulanan.


Dalam pada itu whatsapp saya juga rancak dengan pelbagai pertanyaan berkaitan berita gembira tersebut. Pastinya pertanyaan daripada kenalan saya yang sedang berkhidmat dalam kerajaan.


Hari paling gembira penjawat awam


Ternyata 1 Mei 2024 adalah hari paling gembira bagi penjawat awam yang bakal dinaikkan gaji lebih 13% oleh Kerajaan Madani.


Ternyata 1 Mei 2024 adalah hari paling gembira bagi penjawat awam yang bakal dinaikkan gaji lebih 13% oleh Kerajaan Madani.


Semasa menyampaikan khabar gembira itu, PMX berkata, kenaikan ini merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.


"Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13% dan tahun ini saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13%.


"Maka kita akan laksanakan lebih 13% kenaikan mulai 1 Disember tahun, sebab saya sudah berjanji," kata Anwar.


Peruntukan melebihi RM10 bilion


Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, kenaikan lebih 13% itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion perbelanjaan kerajaan.


Susulan kenaikan itu juga, katanya, pendapatan minimum penjawat awam termasuk gaji dan elaun tetap selepas ini adalah melebihi RM2,000 sebulan.


"Pada masa ini pendapatan menyeluruh minimum adalah pada kadar RM1,765. Saya setuju kadar itu tak munasabah.


"Maka tahun ini kriteria ukuran baharu sistem saraan iaitu pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap mesti lebih RM2,000," kata beliau lagi.


Serentak dengan itu, Perdana Menteri berharap agar sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan dalam memberi kenaikan gaji kepada kakitangan mereka.


Sektor swasta perlu ikut kerajaan


Katanya, ada syarikat swasta yang mencatatkan keuntungan berganda hasil daripada produktiviti dan pengorbanan yang disumbangkan para pekerja.


"Ada syarikat besar yang mencatat keuntungan berganda hasil daripada produktiviti (pekerja). Apa salahnya kalau syarikat untung berjuta bagilah sedikit kepada pekerja," ujarnya.


Kenaikan gaji penjawat awam sudah agak lama tidak dibuat dan ketika awal memegang jawatan Perdana Menteri lagi Anwar sudah berjanji mengenainya.


Janji yang diucapkannya itu menggambarkan keprihatinan dan ingin menghargai pengorbanan penjawat awam dalam memberi khidmat kepada rakyat.


Setelah lebih setahun memegang jawatan PM kini tibalah masanya untuk beliau menunaikan janjinya itu.


Kenaikan lebih 13% dan ada yang menjangka angka genapnya ialah 15%, inilah tanda penghargaan Kerajaan Madani kepada kakitangan kerajaan yang merupakan enjin utama dalam memastikan kerajaan berfungsi dengan berkesan.


Tahniah kepada semua penjawat awam. Hargailah apa yang kalian perolehi. Bekerjalah dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh agar Malaysia terus cemerlang.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page